Friday, August 13, 2021

Jom Tonton & Belajar Bersama Cikgu Suhailah, Guru & Jurulatih Utama Kebangsaan RBT di Didik TV Esok !

Salam Inspirasi

Makluman Kepada Semua 
Jom Tonton & Belajar Bersama Cikgu Suhailah, Guru & Jurulatih Utama Kebangsaan RBT di Didik TV Esok !

Hari : Sabtu
Tarikh: 14 Ogos 2021
Masa : 11:00 -12:00 Tengah Hari
Channel : NT7 ( Didik TV KPM )
Slot : TEROKA
Matapelajaran: Reka Bentuk Teknologi
Tajuk: Reka Bentuk Produk Bertema - Jom Melakar!
Sasaran: Murid Tahap 2

Secara LIVE !

Ayuh Saksikan !

#inspirasisktk 
#bersamamenggapaikecemerlangan
#DIDIKTVKPM

Thursday, August 12, 2021

Program Penyerahan Sumbangan Gerobok Rezeki Parlimen Kepong Fasa 1 Kepada Keluarga Murid B40 SK Taman Kepong.


Program Penyerahan Sumbangan Gerobok Rezeki Parlimen Kepong Fasa 1 Kepada Keluarga Murid B40 SK Taman Kepong.

Semoga Sedikit Sumbangan Ini Memberi Kegembiraan Kepada Semua Penerima & Menjadi Pemangkin Untuk Anak- Anak Murid Terus Menggapai Kecemerlangan.

#inspirasisktk 
#bersamamenggapaikecemerlangan 
#gerobokrezeki

Tuesday, August 10, 2021

WEBINAR RUMAHKU SEKOLAHKU

RUMAH DAH MACAM SEKOLAH

Ya itu situasi yang berlaku sekarang. Asbab pandemik Covid-19 sekolah ditutup maka jadilah RUMAHKU SEKOLAHKU yang penuh dengan isu. 

Semenjak pelaksanaan PdPR kita sering mendengar pelbagai pandangan dan kritikan yang dilontarkan oleh banyak pihak. Emak bertukar hijaulah, emosi terganggu, aku ayah/ibu akulah guru dan macam-macam lagi yang kita dengar. Pengalaman baru dan penuh dengan seribu satu kisah guru serta ayah ibu. 

Ayah dan ibu serta guru,  kita redakan emosi masing-masing. Kita dengar dan amati sesuatu yang ingin dikongsikan oleh panel yang dijemput khas membicarakan perkara ini. 

En Faizal bin Mohammad Arshad
YDP PIBG SMK Cochrane
YDP PIBG SMK (P) Bandaraya
Penggerak PIBKS Kuala Lumpur
Pastinya beliau akan berbicara daripada kaca mata ayah dan ibu. 

Prof Madya Dr. Zuraidah binti Abdullah
Jabatan Pengurusan Perancangan & Dasar Pendidikan
Fakulti Pendidikan UM
Berkongsi kajian, idea dan pengalaman berkaitan pendidikan masakini khususnya pelaksanaan PdPR. 

Moderator kita Cikgu Fuziah binti Aziz yang merupakan Guru Bimbingan & Kaunseling SKTK, inshAllah akan membawa sesi webinar menerobos isu dan cabaran ayah ibu dalam era PdPR. 

Jom ayah ibu serta guru, sertai webinar RUMAHKU SEKOLAHKU. Ini mungkin ruang dan peluang untuk kita mengecilkan jurang dan seterusnya mencapai satu solusi yang boleh memberi manfaat kepada semua pihak terutamanya anak-anak kita. 

Janji temu kita pada:
14 Ogos 2021 (Sabtu)
10.00 pagi

Melalui pautan:
Youtube Sektor Pembelajaran JPWPKL
http://bit.ly/RUMAHKUSEKOLAHKU 

Facebook SK Taman Kepong
https://bit.ly/RUMAHKUSEKOLAHKU3

Facebook Sektor Pendidikan Islam JPWPKL
http://bit.ly/RUMAHKUSEKOLAHKU2

RUMAHKU SEKOLAHKU, ayah ibu serta guru senyumlah selalu. Ayuh kita berganding bahu. 

Penyertaan dalam kalangan warga KPM akan didaftarkan ke SPLKPM. e-sijil juga boleh dimuat turun melalui aplikasi SPLKPM.

Uar-uarkan semoga manfaatnya dapat dinikmati bersama. 

#inspirasisktk 
#bersamamenggapaikecemerlangan
#jpwpklmercukegemilangan

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1443H.“Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti”

SELAMAT TAHUN BARU  1443H

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1443H.
“Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti”

1 Muharram 1443H l 10 Ogos 2021

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri “- (Maksud Surah Ar-Ra’d : 11)

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Semoga tahun ini membawa penghijrahan yang lebih baik untuk kita semua.

Aamiin ! Aamiin ! Aamiin !

#inspirasisktk 
#bersamamenggapaikecemerlangan

Tuesday, July 20, 2021

Selamat Hari Raya Aidiladha 10 Zulhijjah 1442H

Selamat Hari Raya Aidiladha 10 Zulhijjah 1442H

Semoga kita bisa meneladani keteguhan Nabi Ibrahim dan keikhlasan Nabi Ismail. Selamat Hari Raya AidilAdha, semoga kita dapat mengambil hikmah dari semangat Pengorbanan Nabi Ibrahim AS

 'Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.'' - Riwayat Imam Ahmad (12362)

Ikhlas daripada
Warga SK Taman Kepong

#inspirasisktk 
#bersamamenggapaikecemerlangan

Thursday, July 15, 2021

Program Sembang Sabtu Ayah Ibu Bersama PIBG SK Taman Kepong 2021

Program Sembang Sabtu Ayah Ibu Bersama PIBG SK Taman Kepong 2021

Hari: Sabtu
Tarikh: 17 Julai 2021
Sasaran: Ayah Ibu Warga SKTK
Medium : Google Meet
Lokasi: Kediaman Masing-Masing

Jom Sertai Demi Kecemerlangan Anak-Anak Kita.

#inspirasisktk
#bersamamenggapaikecemerlangan
#pibgsktk

Wednesday, July 14, 2021

Sembang Sabtu Ayah Ibu Bersama PIBG SKTK 2021

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pihak PIBG SKTK dengan kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling SKTK menjemput ibu/bapa/penjaga murid SKTK Program Sembang Sabtu.

Butiran Program
17 Julai 2021 (Sabtu) 
9.00 pagi (Sesi 1)
10.00 pagi (Sesi 2)
Medium:
Google Meet

Sasaran :
Ibu/bapa/penjaga murid SKTK

Fokus :
1. Perkongsian info, idea dan cabaran PdPR
2. Kesejahteraan dan kebajikan

Sesi :
Sesi 1 (9.00Pagi)
Ibu/bapa/penjaga murid Tahap 1 (Tahun 1-3) dan PPKI

Sesi 2 10.00 pagi
Ibu/bapa/penjaga murid Tahap 2 (Tahun 4-6) dan Pra

Ibu/bapa/penjaga perlu membuat pendaftaran awal melalui link berikut:

https://bit.ly/SembangSabtuPIBG

Link google meet Sembang Sabtu akan dihantar melalui email 30 minit sebelum sesi bermula.

Selamat Kembali Ke Sekolah !

 Selamat Kembali Ke Sekolah ! Anak - Anak Cemerlang SKTK, ‘ DATANG DENGAN HARAPAN PULANG DENGAN KEJAYAAN’  #inspirasisktk #bersamamenggapaik...