Tuesday, August 10, 2021

WEBINAR RUMAHKU SEKOLAHKU

RUMAH DAH MACAM SEKOLAH

Ya itu situasi yang berlaku sekarang. Asbab pandemik Covid-19 sekolah ditutup maka jadilah RUMAHKU SEKOLAHKU yang penuh dengan isu. 

Semenjak pelaksanaan PdPR kita sering mendengar pelbagai pandangan dan kritikan yang dilontarkan oleh banyak pihak. Emak bertukar hijaulah, emosi terganggu, aku ayah/ibu akulah guru dan macam-macam lagi yang kita dengar. Pengalaman baru dan penuh dengan seribu satu kisah guru serta ayah ibu. 

Ayah dan ibu serta guru,  kita redakan emosi masing-masing. Kita dengar dan amati sesuatu yang ingin dikongsikan oleh panel yang dijemput khas membicarakan perkara ini. 

En Faizal bin Mohammad Arshad
YDP PIBG SMK Cochrane
YDP PIBG SMK (P) Bandaraya
Penggerak PIBKS Kuala Lumpur
Pastinya beliau akan berbicara daripada kaca mata ayah dan ibu. 

Prof Madya Dr. Zuraidah binti Abdullah
Jabatan Pengurusan Perancangan & Dasar Pendidikan
Fakulti Pendidikan UM
Berkongsi kajian, idea dan pengalaman berkaitan pendidikan masakini khususnya pelaksanaan PdPR. 

Moderator kita Cikgu Fuziah binti Aziz yang merupakan Guru Bimbingan & Kaunseling SKTK, inshAllah akan membawa sesi webinar menerobos isu dan cabaran ayah ibu dalam era PdPR. 

Jom ayah ibu serta guru, sertai webinar RUMAHKU SEKOLAHKU. Ini mungkin ruang dan peluang untuk kita mengecilkan jurang dan seterusnya mencapai satu solusi yang boleh memberi manfaat kepada semua pihak terutamanya anak-anak kita. 

Janji temu kita pada:
14 Ogos 2021 (Sabtu)
10.00 pagi

Melalui pautan:
Youtube Sektor Pembelajaran JPWPKL
http://bit.ly/RUMAHKUSEKOLAHKU 

Facebook SK Taman Kepong
https://bit.ly/RUMAHKUSEKOLAHKU3

Facebook Sektor Pendidikan Islam JPWPKL
http://bit.ly/RUMAHKUSEKOLAHKU2

RUMAHKU SEKOLAHKU, ayah ibu serta guru senyumlah selalu. Ayuh kita berganding bahu. 

Penyertaan dalam kalangan warga KPM akan didaftarkan ke SPLKPM. e-sijil juga boleh dimuat turun melalui aplikasi SPLKPM.

Uar-uarkan semoga manfaatnya dapat dinikmati bersama. 

#inspirasisktk 
#bersamamenggapaikecemerlangan
#jpwpklmercukegemilangan

No comments:

Post a Comment

Selamat Kembali Ke Sekolah !

 Selamat Kembali Ke Sekolah ! Anak - Anak Cemerlang SKTK, ‘ DATANG DENGAN HARAPAN PULANG DENGAN KEJAYAAN’  #inspirasisktk #bersamamenggapaik...