Sunday, October 18, 2020

Sumbangan Beras & Barangan Dapur Untuk Gerobok Rezeki Oleh NGO Sikh Inside

Sumbangan Beras & Barangan Dapur Untuk Gerobok Rezeki Oleh NGO Sikh Inside
Terima Kasih di atas sumbangan yang diberikan.
Terima Kasih juga kepada Encik Charanjit Singh kerana membantu menyelaras sumbangan ini.
 
"Sedekah membersihkan dosa, seperti air memadamkan api"

#inspirasisktk
#bersamamenggapaikecemerlangan

Friday, October 16, 2020

Majlis Penyerahan Sumbangan Gerobok Rezeki 2020

Majlis Penyerahan Sumbangan Gerobok Rezeki (Beras & Barangan Dapur )  Kepada Anak-anak SK Taman Kepong, Pekerja Pembersihan & Pengawal Keselamatan. Jutaan Terima Kasih kepada Tuan Nizam ,Pengerusi Humanity & Penyumbang.

"Satu sedekah yang tulus sama dengan seribu langkah menuju syurga."

#inspirasisktk
#bersamamenggapaikecemerlangan
#gerobokrezeki

Sumbangan Beras Oleh NGO Humanity

Sumbangan Beras Oleh NGO Humanity 
Terima Kasih Daun Keladi Tuan Nizam Wahid, Pengerusi Humanity di atas sumbangan yang diberikan.

 "Berikanlah sedekah! Karena sedekah itu ibarat sungai yang mengalir. Kamu hanya akan terus memperoleh manfaat dari air bersihnya."

#inspirasisktk
#bersamamenggapaikecemerlangan
#humanity

Pertandingan Dalam Talian #JejakJuaraKL Peringkat Negeri 2020

Tahniah & Syabas Kepada Para Pemenang 

Pertandingan Dalam Talian #JejakJuaraKL Peringkat Negeri 2020

Marissa Joanna Melvin Moses - 6Delta
Naib johan Essay Writing 

Raphael Joel Thomson - 6 Delta
Saguhati Public Speaking

#inspirasisktk
#bersamamenggapaikecemerlangan
#kemenjadianmurid

Program Minda Sihat

Program Minda Sihat 

Unit Bimbingan & Kaunseling 

#inspirasisktk
#bersamamenggapaikecemerlangan

Mesyuarat Penataran PdPR Via Google Meet 2020

Mesyuarat Penataran PdPR Via Google Meet 2020

Raihlah ilmu. Dan untuk meraih ilmu, belajarlah untuk tenang dan sabar. – Umar bin Khattab

#inspirasisktk
#bersamamenggapaikecemerlangan

Thursday, October 15, 2020

Taekwondo Online Championship Peringkat Kebangsaan 2020

Tahniah & Syabas Kepada Para Pemenang

Taekwondo  Online Championship Peringkat Kebangsaan 2020

Anjuran Taekwondo Kuala Lumpur & Kementerian Pendidikan Malaysia

#inspirasisktk
#bersamamenggapaikecemerlangan

JOM SERTAI PERTANDINGAN UNIT KOKURIKULUM 2020

JOM SERTAI PERTANDINGAN UNIT KOKURIKULUM 2020

Pertandingan Yang Sedang Dijalankan Adalah :

1.Rekacipta Face Sheild Inovatif- Unit Beruniform
2 Pertandingan Buku Skrap -Kelab Sukan dan Permainan
2-Cabaran Swafoto Kreatif - Kelab dan Persatuan
4.Cabaran 14 Hari Video Cara Pembalutan Kain Anduh- Unit Beruniform

Terbuka kepada semua murid-murid Tahun 4,5 & 6 sahaja.
Hadiah menarik dan lumayan menanti para pemenang.

Ayuh Anak- anak Warga SKTK !

Kita Jaga Kita'
Kita Mesti Menang !

#inspirasisktk
#bersamamenggapaikecemerlangan
#learnfromhome

Tuesday, October 13, 2020

JOM AKTIF GOOGLE CLASSROOM !


JOM  AKTIF GOOGLE CLASSROOM !

Panduan Log Masuk Google Classroom Untuk Komputer Riba , Komputer Meja & Telefon Pintar Bagi Pembelajaran Secara Online Dari Rumah.

"ilmu pengetahuan seumpama perigi di padang ,pasir dan bintang di malam yang gelap,dari itu kejarilah ilmu seberapa yang dapat"

"Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu loncatan"

"Kejayaan adalah satu perjalanan bukannya suatu destinasi"

Selamat Belajar Dari Rumah

Kita Jaga Kita'.

Kita Mesti Menang !

#inspirasisktk
#bersamamenggapaikecemerlangan
#learnfromhome

PKPB akan berkuatkuasa 14/10/2020 hingga 27/10/2020 Sesi persekolahan akan ditangguhkan buat seketika.


Assalamualaikum dan Salam Inspirasi kepada Ayah & Ibu Warga SKTK .  

PKPB akan berkuatkuasa 14/10/2020 hingga 27/10/2020 Sesi persekolahan akan ditangguhkan buat seketika.Patuhi SOP PKPB.

Justeru itu, sesi Pdpc secara online akan bermula esok sehingga 27 Oktober 2020.Pastikan anak- anak Ayah Ibu sentiasa log masuk Google Classroom untuk sesi Pdpc,nota & latihan secara online. Boleh klik di pautan portal.moe.edu.my untuk log masuk

Selamat BerPKPB

Kita mesti menang !
Stay Safe!

#inspirasisktk
#bersamamenggapaikecemerlangan
#learnfromhome
 #kitajagakita

Sunday, October 11, 2020

Program Sinar Pagi 2020


Program Sinar Pagi 2020

Objektif :
1) Pengisian ilmu dalam kalangan murid di waktu awal pagi
2) Melahirkan murid mahir bacaan Al Quran
3) Meningkatkan kemahiran   operasi asas Matematik
4) Meningkatkan & membantu murid menguasai kemahiran   mengingati sifir asas
5) Menanam kecintaan terhadap budaya membaca

Waktu :: 6:50 hingga 7:40 a.m.

Sasaran : Murid Tahun 1 hingga Tahun 6

Aktiviti: : 
1) Tasmik Tahap 1
2) Superhero Sifir
3) Say It Loud ( Dendangan Sifir Pagi)
4) Bicara NILAM

Kelolaan : 
Unit Kurikulum (JK Kecemerlangan Akademik & JK Jadual Waktu) bersama PSS, Panitia Matematik, Panitia Pendidikan Islam, Panitia Bahasa Melayu & Panitia Bahasa Inggeris

#inspirasiaktk
#bersamamenggapaikecemerlangan

Saturday, October 10, 2020

Tahniah & Syabas Kepada Adik Marissa Joanna Melvin Moses & Raphael Joel Thomson ( 6 Delta)


Tahniah & Syabas Kepada Adik Marissa Joanna Melvin Moses & Raphael Joel Thomson ( 6 Delta) Kerana Mendapat Tempat Ketiga Dalam Pertandingan Stem Whizz Online 2020

#inspirasisktk
#bersamamenggapaikecemerlangan

Wednesday, October 7, 2020

Misi Khas Ejen Rahsia kembali lagi ! (Edisi Bulan Oktober)

🕵🏻‍♂️  Misi Khas Ejen Rahsia kembali lagi ! 🕵🏻‍♀️

(Edisi Bulan Oktober)

Pada kali ini, terdapat 4 misi yang perlu diselesaikan dalam tempoh masa 4 minggu. Setiap satu misi hanya boleh dijawab dalam tempoh yang telah dinyatakan.

Mudah sahaja caranya, log in ke Google Classroom (GC) menggunakan email murid @moe-dl.edu.my, dan link untuk selesaikan misi akan dikongsikan di dalam GC ejen rahsia seperti edisi sebelum ini.

Bagi yang belum join class, boleh klik pada simbol '+ > join class' dan masukkan kod yang dinyatakan di poster.

Terbuka kepada semua murid. Setiap ejen yang berjaya selesaikan 4 misi akan mendapat sijil digital dan 5 ejen terbaik setiap tahun akan mendapat hadiah ! 
Selamat mencuba ejen-ejen rahsia SKTK!

#inspirasisktk
#bersamamenggapaikecemerlangan
#ejenrahsiasktk

Selamat Kembali Ke Sekolah !

 Selamat Kembali Ke Sekolah ! Anak - Anak Cemerlang SKTK, ‘ DATANG DENGAN HARAPAN PULANG DENGAN KEJAYAAN’  #inspirasisktk #bersamamenggapaik...