Thursday, December 31, 2020

Majlis Graduasi Tahun 6, PPKI & Pra Sekolah 2020 secara LIVE

[ 1 HARI LAGI]

Inspirasi.......
Aspirasi........
Apresiasi......
Graduasi.......

Majlis Graduasi Tahun 6, PPKI & Pra Sekolah 2020 secara LIVE akan dilaksanakan pada ketetapan berikut,

Tarikh : 1 Januari 2021
Masa : 8.30 malam
Platform : FB & Youtube Live

Save the date ! 
Nantikan Kemunculannya !

LIVE !

Follow & Gunakan Hashtag #graduasisktk2020

#inspirasisktk 
#bersamamenggapaikecemerlangan 
#unitkurikulumsktk

Wednesday, December 30, 2020

Tahniah & Syabas Kepada Team Inspirasi Yang Menjadi Johan Pertandingan Digital Story Telling Animation Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2020 & Wakil Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Untuk Pertandingan Digital Story Telling Animation Peringkat Kebangsaan 2020

Tahniah & Syabas Kepada Team Inspirasi Yang Menjadi Johan Pertandingan Digital Story Telling Animation Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2020 & Wakil Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Untuk Pertandingan Digital Story Telling Animation Peringkat Kebangsaan 2020

Team Inspirasi
Adik Muhammad Anas bin Osman- 5 Beta
Adik Wan Aleya Rahini binti Wan Rozi -6 Delta
Adik Leong Ka Yi -4 Alpha

Guru Pembimbing
Teacher Chiah Siew Fei A/P Chiah Suphon 
Teacher Nadiah Hanim binti Ramli

Tahniah! Tahniah! Tahniah!

Video : https://youtu.be/kpQVImrrNYc

#inspirasisktk
#bersamamenggapaikecemerlangan
#ppdsentul
#JPWPKL

Saturday, December 26, 2020

Ikon Pemimpin Inspirasi SK Taman Kepong - Encik Halimi bin Md Rasip, Tuan Guru Besar SK Taman Kepong

Ikon Pemimpin Inspirasi SK Taman Kepong

Seorang Yang Sentiasa Menjadi Inspirasi Semua Warga SKTK.Segala Kerjabuatnya Adalah Untuk Mencapai Kecemerlangan & Kegemilangan SKTK.Sentiasa Memberi Peluang, Ruang & Dorongan Kepada Semua Warga SKTK Baik Guru , AKP , Murid Mahupun  Ayah Ibu Untuk Lebih Berjaya & Cemerlang.Bermatlamat Untuk Mentransformasikan  SKTK Daripada Sebuah Sekolah Biasa Kepada Sekolah Yang Lebih Luar Biasa Hebat & Cemerlangnya.Kebersamaan Adalah Tonggak Utama Beliau Dalam Menggapai Kecemerlangan SKTK.

Encik Halimi Md Rasip - Tuan Guru Besar SK Taman Kepong
Tahniah!   Tahniah!   Tahniah!

#inspirasisktk
#bersamamenggapaikecemerlangan 
#GSL

Nestlē Cares - BACK TO SCHOOL PROGRAM Bersama Empire Project

Nestlē Cares -  BACK TO SCHOOL PROGRAM

Majlis Penyerahan Sumbangan Set Kelengkapan Sekolah Jenama Canggih Hasil Sumbangan Daripada Nestle Malaysia. Terima kasih Nestlē Malaysia menerusi program CSR Nestlē Cares atas sumbangan dan kerjasama. Jutaan Terima Kasih Juga Kepada Empire Project Atas Koordinasi Sumbangan Ini.Terima Kasih Daun Keladi Buat Tuan Asraff Khan Selaku Pengasas Empire Project

Semoga sumbangan ini dapat membantu meringankan bebanan keluarga asnaf & B40 pada ketika negara masih bergelut dengan pandemik covid19 ini.

Setiap murid akan menerima
- 1 unit beg sekolah
- 1 set alat tulis
- 2 pasang baju sekolah
- 2 pasang kasut hitam
- 1 pasang stoking
- 1 set goodies barangan Nestlē

Terima kasih juga buat Cikgu Aidil Azhar sebagai penggerak kebajikan yang sentiasa  proaktif  dalam menguruskan sumbangan ini.

"Lakukanlah kebaikan sekecil apapun, kerana kamu tidak pernah tahu kebaikan mana yang akan membawamu ke syurga"

#inspirasisktk
#bersamamenggapaikecemerlangan 
#empireproject 
#nestlecares 
#nestlemalaysia 
#nestlebacktoschool

Sumbangan Gerobok Rezeki Hasil Sumbangan Daripada NGO HUMANITY ( Pertubuhan Keinsanan Malaysia ) Hasil Tajaan Daripada Pihak EKIUNAS.

Sumbangan Gerobok Rezeki Hasil Sumbangan Daripada NGO HUMANITY ( Pertubuhan Keinsanan Malaysia ).Jutaan Terima Kasih Juga Kepada EKIUNAS Di Atas Tajaan Sumbangan Ini.Terima Kasih Daun Keladi Buat Tuan Mohammad Nizam Wahid Selaku Pengerusi Humanity.
Terima Kasih Tidak Terhingga Juga Kepada Cikgu Aidil Azahar Sebagai Penggerak Yang Proaktif Gerobok Rezeki WPKL.

NGO Humanity Sentiasa Bersama Gerobok Rezeki SK Taman Kepong.

"Lakukanlah kebaikan sekecil apapun, kerana kamu tidak pernah tahu kebaikan mana yang akan membawamu ke syurga"

#inspirasisktk
#bersamamenggapaikecemerlangan
#gerobokrezeki
#humanity 
#ekuinas

Sesi Temuduga Pemilihan Pengawas Sekolah Sesi 2021

Sesi Temuduga Pemilihan Pengawas Sekolah Sesi 2021

Hari : Jumaat
Tarikh : 18 Disember 2020
Masa : 8:30 p.m.
Medium : Google Meet

Semua Calon Pengawas Sekolah Ini Telah Dicalonkan Melalui  Guru Kelas Masing- Masing. Mereka Juga Telah Ditemuduga Secara Maya Melalui Sesi Google Meet & Perlu Menjawab Soalan Tapisan Melalui Medium Google Form.Calon Yang Berjaya Akan Dihubungi Dalam Masa Yang Terdekat Nanti.

Terima Kasih.Unit Disiplin & Pengawas 

#inspirasisktk 
#bersamamenggapaikecemerlangan 
#unithemsktk

Friday, December 25, 2020

Selamat Menyambut Hari Natal 2020

Selamat Menyambut Hari Natal 2020 
Kepada Semua Rakyat Malaysia Khususnya Ayah Ibu, Rakan Guru & Anak-Anak Warga SKTK Yang Beragama Kristian 

#inspirasisktk 
#bersamamenggapaikecemerlangan 
#ppdsentul 
#pibgsktk

TITIPAN KHAS SEMPENA CUTI AKHIR TAHUN SESI PERSEKOLAHAN 2020 OLEH TUAN GURU BESAR ENCIK HALIMI BIN MD RASIP

TITIPAN KHAS SEMPENA CUTI AKHIR TAHUN SESI PERSEKOLAHAN 2020 OLEH TUAN GURU BESAR 
ENCIK HALIMI BIN MD RASIP

Assalamualaikum dan salam sejahtera

19 Disember 2020 bermulanya cuti persekolahan akhir penggal untuk sesi 2020. Jika diimbas kembali perjalanan 2020 seluruh pelusuk alam ini amat terkesan dengan pandemik Covid-19. Pastinya dunia pendidikan juga berubah corak pelaksanannya. Lazimnya sesi pdpc berjalan sepenuhnya secara pertemuan fizikal. Namun sepanjang sesi 2020 sesi seperti ini hanya kita lalui dalam tempoh masa kurang 4 bulan. Menariknya medium pembelajaran maya PdPR telah menjadi dominan asbab pandemik Covid-19. 

Benar ianya sesuatu yang baru tetapi itu bukan alasan untuk kita menggadaikan kepentingan pendidikan kepada generasi muda. Alhamdulillah di SKTK kita mengambil langkah proaktif dan guru-guru sebenarnya telah bersedia dengan segala kemungkinan. Saya sangat bertuah kerana dikelilingi guru-guru dan warga sekolah yang komited dan sedia untuk berubah. Sebarang kekurangan kami sedaya upaya melakukan penambahbaikan. Impaknya kita berjaya mewujudkan SKTK Digital Learning dan mengoptimumkan sepenuhnya platform Google Classroom. Syabas dan tahniah kepada guru-guru dan warga SKTK. 

Bukan itu saja, kami juga sangat kagum dengan peranan yang dimainkan oleh ayah dan ibu. Menariknya ayah dan ibu sentiasa membantu sekolah dengan memastikan anak-anak ayah dan ibu mengambil bahagian dalam sesi PdPR yang dijalankan oleh guru-guru. Kami amat hargai fungsi yang ayah dan ibu jalankan demi kebaikan anak-anak SKTK. 

Selain itu, kami disokong oleh PIBG dalam memastikan proses PdPR berjaya dilaksanakan dengan baik. Sokongan dan kerjasama PIBG SKTK pastinya memudahkan pihak sekolah melakukan segala program yang bermanfaat kepada anak-anak SKTK. Tahniah dan terima kasih PIBG kerana sentiasa bersama mengharungi cabaran dalam situasi yang sangat kritikal. 

Terima kasih juga kepada Pn Faridah Hanim SIP PPD Sentul,  En Kumar SISC+ PPD Sentul serta pegawai-pegawai PPD Sentul yang sentiasa membimbing kami untuk memastikan anak-anak SKTK mendapat hak mereka yang sepatutnya. 

Jelas bahawa cabaran dunia semasa bukan satu halangan untuk kita terus berbakti dan berkhidmat demi kelangsungan pendidikan anak-anak bangsa. Kita sentiasa bersama dan kebersamaan inilah yang membezakan kita. 

Untuk anak-anak SKTK, gunakan masa cuti sekolah ini dengan melakukan aktiviti yang bermanfaat. Jaga keselamatan diri dan sentiasa hormati ayah dan ibu. Gembirakanlah ayah dan ibu yang sentiasa berkorban masa dan harta demi melihat kamu semua menjadi insan yang berguna. 

Selamat bercuti. Terima kasih semua, semoga Allah merahmati kita semua.

Salam sayang daripada saya dan warga SKTK. 

Halimi Md Rasip
Guru Besar
SK Taman Kepong

#inspirasisktk 
#bersamamenggapaikecemerlangan 
#pibgsktk 
#ppdsentul 
#JPWPKL

CUTI AKHIR TAHUN SESI PERSEKOLAHAN 2020

CUTI AKHIR TAHUN SESI PERSEKOLAHAN 2020

Jutaan Terima Kasih Kepada Semua Ayah Ibu Warga SKTK Yang Banyak Membantu Pihak Sekolah Sepanjang Sesi Persekolahan 2020 ini. Terima Kasih Juga Kepada Pihak PIBG Yang Sentiasa Ada Untuk Membantu Dalam Merealisasikan Kecemerlangan & Kemenjadian Anak-Anak Hebat SKTK. Walaupun Kita Diuji Dengan Wabak Covid19, Sesi Pembelajaran Dapat Juga Dilaksanakan Dengan Pelbagai Kaedah & Cara Demi Kecemerlangan Anak-Anak Dengan Bantuan Ayah Ibu Di rumah Dan Juga Dengan Dedikasinya Guru - Guru Yang Tanpa Kenal Penat Serta Jemu Demi Melahirkan Anak-Anak Hebat SKTK .

Terima Kasih Kepada Semua Yang Menjadikan SKTK Sentiasa Luar Biasa, Hebat & Cemerlang.

SELAMAT BERCUTI !
Jumpa Lagi Pada 2021.

#inspirasisktk
#bersamamenggapaikecemerlangan 
#pibgsktk

Sekalung Penghargaan & Jutaan Terima Kasih kepada Rakan Strategik SKTK iaitu Dana Kita

Sekalung Penghargaan & Jutaan Terima Kasih kepada Rakan Strategik SKTK iaitu Dana Kita kerana sentiasa cakna dalam menyantuni ,membantu & menggembirakan  Ayah Ibu & Anak-Anak warga kami demi kesejahteraan sosial & menggapai kecemerlangan sehingga sentiasa menjadi ke arah yang lebih baik, cemerlang, luar biasa & hebat.

Terima Kasih ! 
Anda Inspirasi Kami !

#AAKSKTK2020 
#inspirasisktk 
#bersamamenggapaikecemerlangan 
#DanaKITA

Sekalung Penghargaan & Jutaan Terima Kasih kepada Rakan Strategik SKTK iaitu Empire Project

Sekalung Penghargaan & Jutaan Terima Kasih kepada Rakan Strategik SKTK iaitu Empire Project  kerana sentiasa mengambil berat, membantu & berkongsi kegembiraan bersama Ayah Ibu & Anak-Anak warga kami demi memastikan mereka terus dapat menggapai kecemerlangan sehingga sentiasa menjadi ke arah yang lebih cemerlang, hebat & luar biasa.

Terima Kasih ! 
Anda Inspirasi Kami !

#AAKSKTK2020 
#inspirasisktk 
#bersamamenggapaikecemerlangan 
#empireproject

Selamat Kembali Ke Sekolah !

 Selamat Kembali Ke Sekolah ! Anak - Anak Cemerlang SKTK, ‘ DATANG DENGAN HARAPAN PULANG DENGAN KEJAYAAN’  #inspirasisktk #bersamamenggapaik...