Friday, December 25, 2020

TITIPAN KHAS SEMPENA CUTI AKHIR TAHUN SESI PERSEKOLAHAN 2020 OLEH TUAN GURU BESAR ENCIK HALIMI BIN MD RASIP

TITIPAN KHAS SEMPENA CUTI AKHIR TAHUN SESI PERSEKOLAHAN 2020 OLEH TUAN GURU BESAR 
ENCIK HALIMI BIN MD RASIP

Assalamualaikum dan salam sejahtera

19 Disember 2020 bermulanya cuti persekolahan akhir penggal untuk sesi 2020. Jika diimbas kembali perjalanan 2020 seluruh pelusuk alam ini amat terkesan dengan pandemik Covid-19. Pastinya dunia pendidikan juga berubah corak pelaksanannya. Lazimnya sesi pdpc berjalan sepenuhnya secara pertemuan fizikal. Namun sepanjang sesi 2020 sesi seperti ini hanya kita lalui dalam tempoh masa kurang 4 bulan. Menariknya medium pembelajaran maya PdPR telah menjadi dominan asbab pandemik Covid-19. 

Benar ianya sesuatu yang baru tetapi itu bukan alasan untuk kita menggadaikan kepentingan pendidikan kepada generasi muda. Alhamdulillah di SKTK kita mengambil langkah proaktif dan guru-guru sebenarnya telah bersedia dengan segala kemungkinan. Saya sangat bertuah kerana dikelilingi guru-guru dan warga sekolah yang komited dan sedia untuk berubah. Sebarang kekurangan kami sedaya upaya melakukan penambahbaikan. Impaknya kita berjaya mewujudkan SKTK Digital Learning dan mengoptimumkan sepenuhnya platform Google Classroom. Syabas dan tahniah kepada guru-guru dan warga SKTK. 

Bukan itu saja, kami juga sangat kagum dengan peranan yang dimainkan oleh ayah dan ibu. Menariknya ayah dan ibu sentiasa membantu sekolah dengan memastikan anak-anak ayah dan ibu mengambil bahagian dalam sesi PdPR yang dijalankan oleh guru-guru. Kami amat hargai fungsi yang ayah dan ibu jalankan demi kebaikan anak-anak SKTK. 

Selain itu, kami disokong oleh PIBG dalam memastikan proses PdPR berjaya dilaksanakan dengan baik. Sokongan dan kerjasama PIBG SKTK pastinya memudahkan pihak sekolah melakukan segala program yang bermanfaat kepada anak-anak SKTK. Tahniah dan terima kasih PIBG kerana sentiasa bersama mengharungi cabaran dalam situasi yang sangat kritikal. 

Terima kasih juga kepada Pn Faridah Hanim SIP PPD Sentul,  En Kumar SISC+ PPD Sentul serta pegawai-pegawai PPD Sentul yang sentiasa membimbing kami untuk memastikan anak-anak SKTK mendapat hak mereka yang sepatutnya. 

Jelas bahawa cabaran dunia semasa bukan satu halangan untuk kita terus berbakti dan berkhidmat demi kelangsungan pendidikan anak-anak bangsa. Kita sentiasa bersama dan kebersamaan inilah yang membezakan kita. 

Untuk anak-anak SKTK, gunakan masa cuti sekolah ini dengan melakukan aktiviti yang bermanfaat. Jaga keselamatan diri dan sentiasa hormati ayah dan ibu. Gembirakanlah ayah dan ibu yang sentiasa berkorban masa dan harta demi melihat kamu semua menjadi insan yang berguna. 

Selamat bercuti. Terima kasih semua, semoga Allah merahmati kita semua.

Salam sayang daripada saya dan warga SKTK. 

Halimi Md Rasip
Guru Besar
SK Taman Kepong

#inspirasisktk 
#bersamamenggapaikecemerlangan 
#pibgsktk 
#ppdsentul 
#JPWPKL

No comments:

Post a Comment

Selamat Kembali Ke Sekolah !

 Selamat Kembali Ke Sekolah ! Anak - Anak Cemerlang SKTK, ‘ DATANG DENGAN HARAPAN PULANG DENGAN KEJAYAAN’  #inspirasisktk #bersamamenggapaik...