Tuesday, March 17, 2020

Assalamualaikum & Salam sejahtera semua. SK Taman Kepong akan ditutup bermula 18hb Mac 2020 hingga 31hb Mac 2020 berikutan pengumuman dari Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengumumkan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai Rabu (18 Mac hingga 31 Mac 2020) di seluruh negara.Sebarang aktiviti juga urusan di pejabat SK Taman Kepong tidak boleh dilaksanakan sepanjang tempoh yang dinyatakan. Di harap ibu/bapa dapat memberi kerjasama yang baik iaitu memantau rutin harian anak-anak di rumah dengan menitikberatkan penjagaan kebersihan diri bagi menangani isu wabak penyakit berjangkit Covid-19. Marilah kita bersama-sama mendoakan semoga masalah ini dapat di selesaikan secepat yang mungkin. Halimi Bin Md Rasip Guru Besar SK Taman Kepong #kebersamaanmenggapaikecemerlamgan

No comments:

Post a Comment

Selamat Kembali Ke Sekolah !

 Selamat Kembali Ke Sekolah ! Anak - Anak Cemerlang SKTK, ‘ DATANG DENGAN HARAPAN PULANG DENGAN KEJAYAAN’  #inspirasisktk #bersamamenggapaik...